9:20 PM
0
Sebenarnya perumpamaan kehidupan status Mahasiswa ini bagaimana?, adakah kita masih perlu berada di kepompong atau sudah boleh menjadi rama-rama?

Jika diteliti mutiara syarah hikam Ibnu Athaillah ada disebut bahawa :
"Tanamlah diri kamu di dalam tanah kerendahan , sebab setiap sesuatu yang tumbuh tetapi tidak ditanam, maka hasilnya tidak akan sempurna".

Sebelum kita pergi ke medan atau peringkat yang lebih tinggi, maka perlu diketahui, seseorang itu perlu melalui beberapa fasa dengan berbekalkan beberapa perkara iaitu:
1- Ilmu.
2- Penyucian jiwa
3-Membersihkan hati dari mencintai sesuatu yang fana.

Inilah yang telah disebutkan oleh Ibnu Athaillah berkenaan seseorang yang ingin munculkan diri , berdepan dengan masyarakat , terlebih dahulu perlu melalui latihan-latihan dalaman, pengisian, dan kerohanian.

Biarlah bila kita berbicara, kita berbicara dengan ilmu yang kukuh, jika ingin menempuh jalan Allah, maka tempuhilah tanpa nilai-niali dunia semata.

Jadi, seandainya kita merasa telah lengkap , sempurna sepenuhnya, maka, jika kita masih bergelar mahasiswa apa salahnya memunculkan diri, berdepan dengan masyarakat membentuk generasi rabbani?

Namun jika sebaliknya, hanya menhadirkan riya' atau ujub. Maka kembalilah kamu menjadi kepompong atau duduk di dalam tanah sahaja.

Pesanan ikhlas untuk diri ini sahaja~ setiap daripada kamu memiliki ijtihad masing-masing...berlapang dadalah dengan pandangan semua~ ^_^




Newer Post
Previous
This is the last post.