Assalamualaikum..
terima kasih sudi singgah dilaman saya ini.
Hari ini, saya ingin berkongsi bahawa kehidupan ini memerlukan kepada manusia disekitarnya, apalah tujuan Allah menjadikan manusia, haiwan, tumbuhan jika hanya kita rasa ingin hidup seorang sahaja di dunia.
Setiap daripada kita juga sukakan berpasangan, begitu juga setiap kehidupan di dunia ini, ada kiri kanan, hitam putih, cerah gelap, tinggi rendah dan seumpama dengannya.
Justeru tidak hairanlah, jika manusia itu sendiri boleh berpasangan antara lelaki dan perempuan.
Namun, yang kita lihat saudara-saudara kita di luar sana, adakah sebenarnya berpasangan yang betul-betul halal? Selalunya masyarakat kita hanya mampu berdiam, melihat, mengeleng kepala, panas hati sahaja, jika ditegur takut, pula dimarahi atau diugutnya.Benarlah iman umat akhir zaman, umpama buih-buih di lautan.
Demikian itu, Islam telah jelas memberi garis panduan terhadap pasangan-pasangan yang dalam sesi perkenalan atau yang memang telah ada niat untuk berkahwin..Maka, sucikanlah niatmu, jangan jadikan hatimu busuk kerana perbuatan yang dilarang oleh syarak.
Beringat-ingat dahulu, berlapang-lapang kemudian. Apa maksudnya?
Sentiasalah kita ingat bahawa kita cuba hamba dan sebagai khalifah di dunia, Di akhirat nanti berseronoklah sepuas-puasnya.bersama teman bidadari di syurga dan pasangan kita.
Salam peringatan buat kita bersama~ Moga ukhuwah hingga ke syurga..
Home
»
»Unlabelled
» Berpasangan Biar Halal

